Assalamu'alaikum wr.wb.
Bimilahirahmanirrahiim.
Tiada Tuhan kecuali ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kepada MU lah kami menyembah, kepada MU lah kami minta pertolongan dan kepada MUlah kami mengucapkan terimakasih atas segala pemberian2MU, rahmat, rezeki,kesehatan dan hidup yang indah ini.
Kepada MU lah satu satunya kami tempat memuji,karena semua pujian2 adalah milik MU semata.
Rasulullah saw adalah seorang anak yatim piatu yang miskin, kemudian menjadi seorang pemuda yang kaya raya berprestasi di juluki "al amin" orang yang jujur dan amanah, dan beliau diangkat menjadi pesuruh ALLAH (prophet) di muka bumi ini, dengan tugas pemberi peringatan (bukan menghukum) dan menjadi teladan agung bagi manusia. Jasa jasanya sangat banyak sekali untuk kemanusiaan.
Kedatangan Rasulullah saw atau Islam ke dunia ini adalah untuk menegakan keadilan, dan mensejahterakan semua manusia di bumi ini tanpa mengenal suku, agama dan gender, dengan kata lain untuk menciptakan masarakat Rahmatan lil'alamin untuk semua manusia di bumi ini.
Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (QS.21:107-108)
Undang2 percerai diatur oleh ALLAH swt,karena ALLAH lah yang menciptakan manusia di bumi ini. Agar terjadi masarakat yang baik menurut ALLAH,maka ALLAH membuat dan berhak membuat peraturan2Nya untuk manusia yang di ciptakanNya.
Bagaimana peraturan2 ALLAH itu, Inilah peraturan2 ALLAH kalau terpaksa bercerai antara suami dan istri.
Sesungguhnya perceraian itu adalah perbuatan halal yang tidak di sukai oleh ALLAH.
226. Sesiapa yang ingin menceraikan isteri isteri mereka mesti menunggu selama empat bulan (untuk megamankan keadaan); jika mereka tukar fikiran untuk merujuk kembali, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
227. Apabila kamu telah mengambil keputusan untuk bercerai, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
228.Wanita yang diceraikan mestilah menunggu selama tiga kali perjalanan darah haid (sebelum mengahwini lelaki lain). Adalah kesalahan bagi mereka (isteri isteri) untuk menyembunyikan apa yang Allah ciptakan didalam rahim mereka, jika mereka percayaAllah dan Hari Kemudian. (jika menagandung), kehendak suami akan mengatasi keinginan isteri, jika sekiranya dia mahu mengawininya kembali.Wanita juga mempunyai hak dan juga kewajiban dengan seksamanya. Lantas kehendak suami mengatasinya (jika isteri mengandung). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.QS 2:226-228
229. Penceraian (talaq) hanya boleh ditarik balik dua kali. Wanita yang diceraikan mesti diizinkan tinggal serumah dengan suami dan berlaku adillah terhadapnya, atau lepaskannya dengan cara yang adil. Tidak menjadi kesalahan bagi suami mengambil kembali apa yang telah diberikan kepadanya. Walaupun demikian pasangan ini mungkin merasa takut jika mereka melanggar hukum Allah. Jika mereka takut akan melanggar hukum Allah, mereka tidak melakukan kesalahan jika siisteri memberi kembali dengan rela hati apa yang dia ingin kembalikan. Ini adalah hukum Allah; jangan mengingkarinya. Sesiapa yang melanggar perintah Allah maka mereka itu adalah orang yang zalim.
230. Jika dia menceraikannya (untuk kali yang ketiga), tidaklah halal baginya untuk mengahwini dia, melainkan dia kahwin dengan lelaki lainnya, dan suaminya menceraikan dia. Suami yang pertama bolehlah mengahwininya kembali, asalkan sahaja mereka menta’ati hukum Allah. Ini adalah hukum Allah; Dia menerangkannya kepada manusia supaya mereka semua dapat mengetahuinya.QS 2:230
231. Jika kamu menceraikan isterimu, setelah selesai masa (tiga kali haid – iddah) kamu mestilah mengizinkan dia tinggal dirumah yang sama dengan berlaku adil, ataupun biarkanlah dia pergi dengan baik. Janganlah paksa mereka tinggal tanpa kerelaannya, demi untuk membalas dendam. Sesiapa yang melakukan sedemikian hanyalah mengkianati roh roh mereka sendiri. Jangan mengambil mudah dengan revelasi revelasi Allah. Ingatlah rahmat Allah terhadap kamu, dan Dia turunkan kitabNya dan hikmah sebagai pelajaran yang jelas untuk kamu. Kamu mesti mengingati Allah dan ketahuilah yang Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
232. Jika kamu menceraikan isteri isteri kamu, apabila mereka telah selesaikan iddah mereka, jangan kamu menghalang mereka bernikah semula dengan suami suami mereka, jika mereka telah berdamai dengan baik. Ini mestilah diambil kira bagi orang orang yang percaya kepada Allah dan hari penghabisan. Ini lebih suci bagi kamu dan juga lebih besar kebajikan yang kamu lakukan. Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.
233. Ibu ibu yang diceraikan mesti menyusukan bayi mereka selama dua tahun genap kalau sibapa menginginkannya. Sibapa mestilah memberi kepada ibu bayinya makanan dan pakaian dengan cukup sempurna. Tidak ada sesiapa mesti membebankan diri diri mereka dari luar kemampuan mereka. Tidak ada seorang ibu pun mesti disakiti untuk memelihara bayinya, dan juga tidak semestinya sibapa dianiayai kerana bayinya. (sekiranya bapa anakitu meninggal), Keluarganya (suami) mesti meneruskan tanggung jawabnya. Jika keluarga bayi (kedua pihak) bersetuju untuk membantu setelah berunding, maka tidak jadi kesalahan untuk berbuat demikian. Kamu tidak merlakukan kesalahan dengan mengupah ibu ibu asalkan kamu bayar mereka dengan adil. Kamu mesti mengingati Allah dan ketahuilah yang Allah Maha Melihat apa apa yang kamu lakukan. QS 2:233.
MEMUTUSKAN PERTUNANGAN.
236. Kamu tidak melakukan kesalahan dengan menceraikan isterimu sebelum kamu mencampuri mereka, ataupun sebelum kamu memutuskan mas kahwin untuk mereka. Dengan keadaan yang sedemikian, kamu mesti membayar ganti rugi kepada mereka yang kaya mengikut keupayaannya dan yang miskin mengikut kemampuannya - ganti rugi yang adil dan seksama. Ini adalah tanggungjawab bagi orang orang yang berbuat baik.
237. Jika kamu menceraikan mereka sebelum mecampuri mereka, tetapi setelah kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka, pembayaran ganti ruginya mestilah separuh dari mas kahwin, melainkan jika mereka bersetuju untuk merelakannya, ataupun dari pihak yang memuncakan penceraian ingin merelakan mas kahwinnya. Merelakan (menghalalkan) adalah seimbang dengan membuat kebajikan. Dan kamu mestilah mengadakan tali persaudaraan (silaturrahim) diantara kamu. Allah Maha Melihat apa apa yang kamu lakukan.QS2:237
NAFKAH BAGI JANDA2 YANG DITINGGALKAN.
240. Sesiapa yang wafat dan meninggalkan isteri isteri mereka mestilah patut mengadakan wasiat untuk membantu mereka selama setahun, jika mereka tinggal serumah, jikalau mereka keluar dari rumah, kamu tidak berdosa dengan membiarkan mereka melakukan apa saja yang mereka suka, asalkan perbuatan baik yang mereka lakukan terpelihara. Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
241. Janda janda yang diceraikan oleh suami suami mereka juga mesti diberikan nafkah dengan adil. Ini adalah tanggung jawab bagi orang orang yang bertakwah 242. Allah telah menerangkan revelasi revelasiNya kepada kamu, supaya kamu faham.QS 2:241
Tugas saya hanya menyampaikan ayat2 ALLAH yang jelas.Semoga bermanfaat bagi kita semua amin.
Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan/mengingatkan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan. QS 90:17-18
Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".QS 27:19.
Sesiapa yang percaya, berhijrah dan berjuang dijalan Allah, sudah pasti mendapat belas kasih dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.QS 2:218
Wassalamu'alaikum.wr.wb.
http://www.islamliberal.net/
40 MACAM PERBEDAAN ANTARA LIBERAL DAN FUNDAMENTALIS.
http://latifabdul.multiply.com/journal/item/379/40
SILAKAN KIRIMI TEMAN2 TERSAYANG, MUI,HTI,FPI
No comments:
Post a Comment